Ralit Dengan “Phone”, Telatah Mak Ayah Tak Sedar Kehadiran Anak Buat Ramai Terhibur

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 4:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ralit Dengan “Phone”, Telatah Mak Ayah Tak Sedar Kehadiran Anak Buat Ramai Terhibur

Ketika di bangku sekolah, anak-anak dihantar dan dijemput oleh ibu bapa ke mana saja mereka pergi. Apabila dewasa, menjadi kebiasaan pula untuk anak-anak menjemput ibu bapa yang datang berziarah atau pulang dari melancong.

Selain daripada KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) juga antara tempat tumpuan bagi menyambut ketibaan sesiapa sahaja yang datang ke Lembah Klang dengan menaiki pengangkutan awam. Mula beroperasi pada 1 Januari 2011, TBS menjadi hub pelbagai pengangkutan awam darat dari lebih 150 destinasi seluruh negara.

Bagi menyediakan tempat yang selesa kepada para penumpang, pelbagai premis dan tempat menunggu telah disediakan. Malah, penumpang juga boleh melayari internet bagi mengisi masa sementara menunggu.

Kebiasaannya, capaian internet yang disediakan dapat membantu penumpang berhubung dengan ahli keluarga yang datang menjemput. Namun, lain pula jadinya apabila kehadiran wanita ini menjemput kedua ibu bapanya tidak disedari mereka.

Seorang pengguna TikTok, @ohitsbaobei, telah berkongsi video gelagat kedua ibu bapanya ketika wanita itu menjemput mereka di TBS. Menerusi video tersebut, ketibaan wanita berkenaan tidak langsung disedari mereka meskipun dia sudah berada di sebelah ibunya.

Ketika wanita itu tiba, kedua ibu bapanya dilihat sedang leka menggunakan telefon pintar masing-masing. Biarpun si ibu tidak lagi menggunakan telefon pintar dan sempat menjeling ke arah wanita tersebut, ibunya masih lagi tidak perasan akan kehadirannya di situ.

Apabila tersedar, kedua-dua mereka tertawa dengan gelagat masing-masing.

Tak sedar ketibaan anak, ingatkan orang lain menyibuk

“Patut la tengok awek ni sibuk menempel kat sini,” ujar bapa wanita berkenaan sambil tersenyum. Ibunya hanya mampu ketawa.

Gelagat ibu dan bapa wanita berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Alaa kelakar la. Memasing ralit ye,” kata seorang warga maya.

“Best boleh bergurau dengan mak ayah macam ni. Moga semuanya sihat selalu, murah rezeki dan berjaya dunia akhiratnya. Amin,” doa seorang warga maya yang terharu melihat hubungan mereka sekeluarga.

“Comel. Semoga ibu bapa awak sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah,” ujar seorang lagi warga maya.