Ramadan Tiba, Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

22 Mar 2023 • 9:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur. - Gambar oleh Alif Omar

Esok 23 Mac 2023, umat Islam di Malaysia mula berpuasa, seperti diisytihar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Jurufoto Getaran, Alif Omar dan Azim Rahman bertuah kerana berpeluang merakam detik bersejarah Cerapan Rasmi Hilal Ramadan ini di dua lokasi berbeza iaitu di Menara Kuala Lumpur dan PICC Putrajaya petang tadi.

image is not available
Pemandangan mengagumkan dari Menara Kuala Lumpur menjelang proses cerapan anak bulan Ramadan petang tadi. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Pengunjung Menara Kuala Lumpur yang kuat semangat cuba berdiri di pelantar tinjau sementara menanti proses cerapan anak bulan Ramadan selesai. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Sebahagian jemputan media yang tidak ketinggalan merakam detik bersejarah itu petang tadi. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Pemandangan luar biasa dirakam ketika kerja cerapan anak bulan Ramadan sedang berjalan di PICC Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan dilihat tekun membuat bacaan waktu Cerapan Rasmi Hilal Ramadan. - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Anak bulan masih tidak kelihatan semasa majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di PICC Putrajaya petang tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan membuat bacaan cerapan bagi melihat anak bulan Ramadan di PICC Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman