Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

22 Mar 2023 • 8:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan melakukan cerapan bagi melihat anak bulan Ramadan di PICC Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

image is not available
Cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur. - Gambar oleh Alif Omar

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. - Bernama