Ramai Ahli Popular, ‘Apartment 404’ Tayang Penggal Pertama 2024

20 Dec 2023 • 2:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wah, ada program hiburan baru!

Sudah disahkan bahawa Yoo Jae-suk dan Jennie sedang menjalani penggambaran satu rancangan realiti “Apartment 404”, bakal ditayangkan pada separuh pertama 2024.

“Apartment 404” merupakan program baru tvN yang dihasilkan oleh Pengarah Jung Chul-min, juga merupakan bekas pengarah “Running Man”.

Selain itu, Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, Yang Se-chan dan Lee Jung-ha juga dilihat sedang menjalani penggambaran untuk program ini.

Untuk pengetahuan, “Apartment 404” merupakan rancangan hiburan yang pengambarannya dijalankan di sebuah apartment.

Tak sabar nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.