Yoo Jaesuk Beli Tanah Bernilai Lebih RM41 Juta Secara Tunai

12 Dec 2023 • 10:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah memenangi 19 Anugerah Utama dan menjadi hos utama pelbagai program, sudah semestinya Yoo Jae-suk merupakan seorang jutawan kan?

Menurut industri hartanah, ahli “Running Man” itu telah membeli tanah di Nonhyeon-dong, Gangnam-gu, Seoul dengan harga 11.6 bilion won (RM41.2 juta) baru-baru ini.

Yoo Jae-suk dilaporkan telah membayar jumlah keseluruhan dengan tunai di manab angunan tersebut mempunyai kawasan tanah seluas 90.3 per segi dan dikenal pasti sebagai Zon Kediaman Jenis 1, dengan harga setiap per segi sebanyak 128.39 juta won (RM458,690). Sebelum ini, sebuah kemudahan kejiranan 5 tingkat dinamakan di atas hartanah itu, tetapi baru-baru ini ia dilaporkan sebagai tapak kosong (tanah tanpa bangunan).

image is not available

Khabarnya, tanah yang dibeli oleh Yoo Jae-suk terletak berdekatan dengan bangunan pejabat agensinya, Antenna Entertainment. Dalam pada itu, lelaki tersebut tinggal di Apartmen Hyundai di Apgujeong, Gangnam-gu secara sewa, dan tidak terlibat dengan pelaburan tanah.

Ketika muncul dalam sebuah program, Ji Suk-jin yang dikenali sebagai rakan rapat Yoo Jae-suk, menyebut,

Yoo Jae-suk tidak tamak. Dia masih lagi menyewa di apartmen.

Untung lah kaya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.