Ramai Artis ‘Beratur’ Nak Keluarkan Single, Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Lagu Terbaharu

EntertainmentMusic
7 Nov 2024 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sherry Ibrahim semalam seperti memberi bayangan akan muncul dengan single lagu baharu tidak lama sahaja lagi.

Perkara itu dizahirkan Sherry menerusi satu hantaran di Instagram Story di mana dia ada ‘repost’ hantaran seorang penerbit muzik, Raja M Nazreen.

Penerbit muzik itu menulis kapsyen di mana dia akan melancarkan lagu single nyanyian pelakon drama Teduhan Kasih itu kelak.

 

Ok lah nak lancarkan single @sherryibrahim. Tunggu jap k.

Sherry kemudian membalas hantaran tersebut dengan memintanya segera berbuat demikian.

image is not available

Sekadar info, Sherry pernah muncul dengan lagu single sulung berjudul Seikhlas Cinta pada tahun 2016.

Dia juga dilihat kerap berkongsi video dirinya menyanyi di akaun media sosial untuk tatapan peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Sampaikan Lagu 'Bertahan Demi Cinta' Versi 'Live', Netizen Puji Keyakinan Nur Fazura