Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?

6 Nov 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Sherry Ibrahim seakan memberi bayangan bakal muncul dengan single baharu?

Menerusi perkongsian di Instagram Story nya, Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41 telah mengulang ciapan (repost) hantaran seorang penerbit muzik, Raja M Nazreen.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, penerbit itu menulis kapsyen akan melancarkan lagu single nyanyian Sherry.

“Ok lah nak lancarkan Sherry Ibrahim, tunggu kejap ok,” tulisnya.

Respons Sherry 

Susulan itu, Sherry turut tampil berkongsi keterujannya terhadap hantaran tersebut. 

“Cepat.” tulisnya ringkas. 

 

 

 

Sebelum ini, Sherry pernah muncul dengan single sulung berjudul Seikhlas Cinta pada tahun 2016.

Terdahulu, Sherry pernah juga memuatnaik video menyanyikan lagu berjudul Sampai Menutup Mata nyanyian Acha Saptriasa.

Berdasarkan tinjauan Gempak, itu bukanlah kali pertama Sherry berkongsi video dirinya menyanyl.

Sherry juga sebelum ini dilihat aktif memuat naik content atau kandungan menerusi akaun TikTok miliknya.