Ramai Atlet Olimpik Mula Jual Semula Telefon Lipat Edisi Terhad Paris 2024

WorldTechnology
7 Aug 2024 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum ketahui, setiap atlet Olimpik Paris telah diberikan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Flip 6 Edisi Terhad dan seramai 17,000 atlet yang bertuah telah menerima telefon lipat berkenaan bagi tujuan promosi di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, penajaan Samsung untuk membolehkan pemenang pingat untuk membawa telefon pemberian berkenaan ke atas podium dan difahamkan ini merupakan kali pertama ianya dibenarkan dalam temasya Olimpik moden berkenaan.

image is not available

Bagi telefon edisi terhad Olimpik Paris 2024 ini, Galaxy Flip 6 ini dilengkapi dengan kemasan berwarna emas bersama logo Olimpik dan didatangkan dengan sarung telefon kulit istimewa. Secara tidak langsung, ia menjadikan telefon lipat ini sangat istimewa kerana hanya tersedia khas buat para atlet dan tidak ditawarkan secara komersial.

image is not available

Pun begitu, menurut pendedahan sebuah laman web, terdapat beberapa unit telefon lipat berkenaan telah disenaraikan di laman eBay dengan harga permulaan bidaan sekitar £1,000 atau sekitar ~RM5,700.

image is not available

Namun, ada seorang penjual telah menetapkan harga sebanyak £7,837.91 atau ~RM44,800 sekiranya pembeli mahu mendapatkan telefon berkenaan secara terus tanpa perlu membida.

Kalau tengok senarai di eBay, memang wujud sejumlah penyenaraian Samsung Galaxy Flip 6 edisi terhad Olimpik Paris 2024 dan ada dua variasi, 100GB dan juga 500GB.

Sumber : mobilenews

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.