Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

5 Aug 2026 • 12:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Bila sebut tentang Korea Selatan, pasti ramai yang membayangkan industri hiburannya yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Di sebalik kemasyhuran industri hiburan itu, Korea Selatan juga giat memperkenalkan sejarah dan warisan negaranya kepada masyarakat luar.

Mungkin ada di antara anda yang sudah mengetahui banyak kisah sejarah tentang negara itu, namun pernahkah anda mendengar tentang kewujudan Jambatan Malaysia di Korea Selatan?

Baru-baru ini, seorang lelaki Korea Selatan berkongsi satu video yang memaparkan Jambatan Malaysia yang terletak di bandar Paju.

Lelaki yang dikenali sebagai Park Wonho itu turut menunjukkan papan tanda di jambatan berkenaan yang memaparkan sejarah pembinaan infrastruktur tersebut dalam bahasa Melayu dan Korea.

Image from: Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

“Dulu tiada laluan yang menghubungkan kampung ini dengan kampung itu. Jadi, kerajaan Malaysia memberikan bantuan untuk membinanya,” katanya sambil menunjukkan dua buah kawasan kampung yang terletak bertentangan.

Menerusi papan tanda yang terdapat di lokasi itu, dinyatakan bahawa jambatan berkenaan dibina selepas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan dijalinkan secara rasmi pada tahun 1960.

Jambatan persahabatan

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Seoul menerusi sebuah artikel yang disiarkan Astro Awani, kerajaan Malaysia telah menghulurkan bantuan berjumlah AS$5,000 pada tahun 1966 bagi membina jambatan tersebut.

Jambatan itu terletak di Jori-eup, Paju, kira-kira 40 kilometer dari Seoul atau sekitar sejam perjalanan dengan kereta.

Image from: Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Ia juga mempunyai panjang kira-kira 60 meter dan lebar 7.4 meter.

"Perasmian jambatan tersebut telah disempurnakan pada 19 November 1966 di mana Duta Besar Malaysia yang pertama ke Republik Korea, Datuk Mohd Ismail Mohd Yusoff, telah mewakili Kerajaan Malaysia hadir ke majlis tersebut," katanya.

Image from: Ramai Baru Tahu, Lelaki Korea Selatan Tunjuk Jambatan Malaysia & Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Pembinaan jambatan itu dilakukan ketika Korea Selatan masih dalam proses membangunkan semula negara selepas Perang Korea, selain berdepan beberapa siri bencana alam termasuk banjir.

Baca juga:

Menurut rekod Asian Disaster Reduction Centre (ADRC) yang dipetik Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, enam kejadian banjir besar direkodkan di Korea Selatan sepanjang 1961 hingga 1970.

Bencana tersebut dilaporkan telah mengorbankan hampir 1,400 nyawa dan menjejaskan hampir 700,000 penduduk.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial Malaysia yang mengaku baru tahu mengenai kewujudan jambatan terbabit.

"Betul ke? Saya pertama kali dengar pasal ni," kata seorang netizen.

"Kami tak tahu pasal ni, terima kasih sebab kongsi kisah di sebaliknya," kata seorang lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved