Ramai berteka-teki, Mek Yun akhirnya ‘reveal’ lelaki misteri dalam video

EntertainmentLifestyle
25 Mar 2026 • 1:29 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Selepas berteka-teki, pempengaruh media sosial, Mek Yun, akhirnya mendedahkan identiti lelaki misteri yang sering muncul dalam videonya kebelakangan ini.

Menerusi hantaran di Threads, Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yu Nee memuat naik video dirinya bersama pempengaruh, AndrianMrPov, sekali gus menjawab tanda tanya pengikut mengenai identiti lelaki tersebut.

Dalam video berkenaan, mereka berpakaian sedondon berwarna biru, dengan Mek Yun berbaju kurung dan Adrian berbaju Melayu.

 “Okay fine, kitaorang kalah, korang menang lah reveal je lah ekk,” katanya. 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ramai merestui sekiranya itu menjalinkan hubungan serius.

“Dah boleh main kompang ke? Lenguh tangan ni pegang kompang sejak sebelum raya,” kata seorang pengguna. 

Sebelum ini, Mek Yun menarik perhatian ramai apabila dilihat keluar makan bersama seorang lelaki namun tidak mendedahkan identiti individu terbabit. 

Netizen mula berteka-teki dan meneka lelaki tersebut ialah pempengaruh AndrianMrPOV memandangkan mereka berkongsi video yang sama.

Namun, Mek Yun tetap mengunci mulut  pada setiap komen balas pengikutnya yang meneka identiti lelaki itu, mengekalkan elemen misteri sebelum pendedahan rasmi dibuat. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved