Ramai ‘Excited’ Sekuel Transformers Kembali, Tahu Tak Korang Boleh ‘Feel’ Macam Optimus Prime Depan Mata?

Movie
16 Jun 2023 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa antara pembaca yang dah tonton filem Transformers: Rise Of The Beast di pawagam?

Bagi pihak Beautifulnara, filem Transformers: Rise Of The Beast sememangnya meninggalkan kesan serta impak yang mendalam dalam hati kami semua!

Kalau korang nak tahu, filem Transformers mula muncul pada tahun 2007 yang lalu sememangnya mencuri perhatian penonton dan kejayaan filem tersebut membuatkan ia mempunyai sekuel Revenge of the Fallen (2009), Transformers: Revenge of the Fallen (2011), Transformers: Age of Extinction (2014), Transformers: The Last Knight (2017) dan Bumblebee pada 2018.

image is not available

Setelah 5 tahun, filem yang diarahkan oleh Steven Caple Jr. ini kembali menggegarkan pagung wayang dengan sekuel terbaru iaitu Transformers: Rise Of The Beasts pada awal bulan yang lalu dan ia memaparkan penggembaran Optimus Prime bersama rakan seperjuangannya yang dikenali sebagai Autobots.

Hah.. nak tahu hal yang lagi menarik tak? Baru-baru ini, kami sudah pun berjumpa dengan figura Transformer dari seluruh negeri dalam Malaysia tau! Memang gempak bila dapat lihat depan mata sesebuah kereta bertukar menjadi satu robot yang luar biasa.

image is not available

Kalau nak tengok sendiri perubahan hebat Optimus Prime dan Autobots yang lain depan mata korang, jom lah cuba AR Lens Transformer yang boleh didapati di ar.transformersmovie.com. Jangan lupa juga untuk tonton filem Transformer: Rise Of The Beasts di pawagam berdekatan dengan rumah masing-masing sekarang juga! Cepat-cepat, serbu!