
Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian bin Abdullah sekali lagi membuatkan orang ramai kagum menerusi video terbarunya yang menampilkan pelakon “Transformers: Rise of the Beasts”, Anthony Ramos.
Dalam video tersebut, Anthony telah mengajak rakyat Malaysia menonton filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 8 Jun lalu.
Seperti karya Sofyank yang lain, video itu telah menarik perhatian ramai dengan kelainan dipaparkan. ‘Slang’ Anthony bercakap bahasa Malaysia juga telah membuatkan orang ramai terhibur termasuk beberapa nama artis tempatan seperti Alif Satar dan Radin Era.
Difahamkan, semasa dalam perjalanan untuk ke Singapura bagi penggambaran bersama pelakon oitu, Sofyank sempat berhadapan detik yang tak dapat dilupakan apabila kehilangan beg yang mengandungi barangan penting miliknya.
“Masa dalam perjalanan pergi Singapura, saya sangat teruja dengan persediaan nak shoot video dengan Anthony. Tapi bila sampai airport dan hilang beg, saya hilang fokus sebentar sebab risaukan barang-barang dalam beg saya,” ujarnya.
“Tapi dalam masa yang sama saya tetap kena fokus balik kepada tujuan utama saya ke singapore iaitu nak shoot dengan Anthony, jadi saya dengan team saya, Addeen, Shafiq dan Shaffuan buat rehearsal balik untuk shooting nanti. Dan alhamdulillah masa shooting Anthony bagi kerjasama yang sangat baik dan shooting tu berjalan dengan sangat lancar.”
Tambah Sofyank, beliau berasa gembira dan teruja apabila ditawarkan UIP sekali lagi untuk bekerjasama dengan bintang besar Hollywood. Sebelum ini, Sofyank sempat berkolaborasi dengan Will Smith dan John Cena selain mendapat pengiktirafan daripada pempengaruh terkenal Amerika, Zachking dalam Ultimate Vfx Challenge.
“Dan bila di Singapura, kami dapat layanan yang tak dapat dilupakan apabila UIP jaga jadual kami dan pergerakan kami. Dan saya juga nak berterima kasih kepada UIP sebab bagi saya peluang untuk berjalan di red carpet Transformers: Rise of the Beasts, dan pengalaman tu sangat bermakna,” tambahnya.
The post (Video) Anthony Ramos Cakap Melayu Dalam Video Sofyank, Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.



