Ramai Geram, Kontinjen Malaysia Hanya Ditunjuk Sekejap Sahaja Ketika Live Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Entertainment
27 Jul 2024 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal pagi tadi iaitu pada sekitar jam 1.30 pagi waktu Malaysia, acara pembukaan sukan Olimpik Paris edisi 2024 telah berlangsung di sepanjang Sungai Seine, Perancis.

Berbeza dengan Olimpik sebelum-sebelum ini yang acara pembukaannya dibuat di stadium dengan persembahan-persembahan lampu-lampu, kali ini Olimpik Paris menampilkan sesuatu yang berbeza apabila kontinjen-kontinjen seluruh dunia berarak dengan menaiki bot di sepanjang sungai Seine.

Namun, apa yang menyebabkan ramai peminat sukan tempatan kecewa adalah kontinjen Malaysia hanya sempat ditayangkan sekejap sahaja menerusi siaran lansung acara itu kerana selepas itu, kamera terus mengalihkan pandangannya ke wakil kontinjen negara lain.

Selain itu, ramai warganet Malaysia juga berpendapat bahawa acara pembukaan kali kurang meriah jika dibandingkan dengan acara pembukaan Olimpik tahun-tahun sebelumini.

Dalam masa yang sama, ada juga warganet negara lain yang turut berpendapat bahawa kontinjen negara mereka juga tidak dapat dilihat dengan jelas sebaliknya hanya bot dengan bendera sahaja yang dapat dilihat.

image is not available

Apa pula pendapat korang tentang opening ceremony Olimpik pada kali ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.