Ramai Geram Masih Ada Yang ‘Gatal Tangan’ Tampal Sticker Pada Papan Tanda Di Cameron Highlands [Video]

LocalTravel
25 Jul 2025 • 10:27 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai sebuah papan tanda di sempadan Simpang Pulai, Perak dan Cameron Highlands, Pahang dipenuhi dengan kertas pelekat (sticker).

Apa yang menjadi perhatian adalah papan tanda itu penuh dengan sticker sehingga menyukarkan orang ramai untuk membacanya.

Menerusi video tular, pelekat itu dipercayai ditampal oleh geng motosikal dan mereka yang berkunjung ke Cameron Highlands.

Oleh kerana itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya baru-baru ini telah mengambil langkah dengan menurunkan signboard tersebut.

@tengku_778

ha.. viral lagi.. kan dah kena turunkan dah😂😂

♬ Welcome to Paradise – Green Day

image is not available

Masih Ada Yang Gatal Tangan, Signboard Lain Pula Jadi Mangsa

Namun entah mengapa, masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat masih ‘gatal tangan’ menampal pelekat pada papan tanda lain di pusat pelancongan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Instagram @perakpress, kelihatan seorang pemuda sedang ‘diangkat’ oleh seorang rakannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah pemuda terbabit dilihat selamba menampal sticker pada papan tanda berhampiran mereka.

Malah, dia dilihat menepuk berkali-kali pelekat tersebut kononnya tidak mahu ia tertanggal dan terjatuh dari situ.

Melalui perkongsian tersebut, papan tanda yang ditampal oleh pemuda berkenaan tertera kenyataan ‘Sempadan Daerah Cameron Highlands’.

Difahamkan, papan tanda tersebut merupakan papan tanda lain yang turut terdapat di Cameron Highlands.

“Baru tengok video PBT turunkan signboard (papan tanda) penuh stickers (pelekat), hari ini tampal dekat lain pula, perangai memang tak boleh tengok benda elok ke?” tulis pentadbir akaun berkenaan.

Ramai Geram Lihat Tindakan Pemuda, Ada Yang Anggap Ia Perbuatan Vandalisme

Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik melihat perkara tersebut.

Majoritinya mengecam tindakan kedua-dua pemuda berkenaan malah ada yang menganggap ia satu perbuatan vandalisme.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan kerana perbuatan itu disifatkan sebagai merosakkan harta benda awam.

Tampal Poster Atau Sebaliknya Pada Harta Benda Awam Satu Kesalahan

Untuk info, perbuatan melekatkan kertas tidak kiralah poster, notis atau sebarang kertas pada harta benda awam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(2), Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Jika seseorang itu yang tanpa kuasa ke atas harta benda awam atau tanpa izin pemilik harta persendirian melakukan perkara seperti:

a) melekatkan sebarang iklan, notis, sebarang kertas atau sepanduk pada harta benda

b) menulis, membuat tanda, merosakkan atau menconteng dengan apa cara pada sebarang harta benda

c) merosak, mengubah atau menanggalkan sebarang harta benda

Dia boleh dikenakan tindakan. Jika didapati bersalah, penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

#PRU13 #GE13 UNDANG-UNDANG DAN ANDA: Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) Seksyen 15 (2) -Menampal…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday 16 April 2013

Ini antara komen menarik pengguna Instagram:

“Kenapa Perlu Tampal Sticker Tanda Hadir?”

image is not available

“Sekarang Ini Penguatkuasa Nak Tangkap Orang Buat Salah Senang, Pesalah Tu Rekod Video Hantar”

image is not available

“Polis, Pihak PBT Boleh Je Tangkap Budak-Budak Ini Buat Kerja Vandalisme”

image is not available

Source: