Remaja Lelaki Tanam Bayi Baru Lahir Untuk Sembunyikan Hubungan Terlarang Dengan Kakak Tiri

LocalFamily & Parenting
19 Jul 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya kerana mahu menutup hubungan yang tidak sah, seorang remaja lelaki dipercayai telah menanam mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir di kawasan tangki air di Kampung Melayu Desa Kayangan di Brinchang, Cameron Highlands, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, bapa suspek yang menemui mayat bayi itu ketika dia sedang melalui kawasan tangki air itu di mana dia kemudiannya telah menemui kesan tanah seperti baru lepas dikorek.

Dia kemudiannya turut menemui satu bungkusan kain putih yang mengandungi mayat bayi tersebut pada sekitar waktu pagi.

Kawasan tangki air itu terletak di belakang rumah yang didiami suspek dan keluarganya.

image is not available

Susulan itu, seorang remaja lelaki berumur 19 tahun telah ditahan oleh polis kerana disyaki terbabit dengan perbuatan menanam mayat bayi itu.

Penyodok dan cangkul yang dipercayai merupakan peralatan yang digunakan untuk mengorek tanah untuk menanam bayi itu juga telah dirampas oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

image is not available

Siasatan awal polis mendapati bahawa bayi tersebut merupakan anak remaja lelaki tersebut dengan kakak tirinya yang berumur 21 tahun.

Menurut suspek iaitu remaja lelaki terbabit, dia mengaku telah menanam bayi yang baru dilahirkan oleh kakak tirinya itu di kawasan tersebut.

Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan kematian bayi.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.