Ramai Jadi Saksi, Imam Masjid Dedah Keadaan Jenazah Zara Qairina Masih Utuh

10 Aug 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kuburnya hari ini digali semula selepas dikebumikan pada 17 Julai lalu, dan jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir dikatakan masih utuh dan dalam keadaan baik.

Itu yang dikongsikan Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azra yang berada di lokasi menyaksikan proses penggalian semula kubur itu untuk mengeluarkan jasad arwah.

image is not available

Ramai saksi keadaan jenazah

Difahamkan, ramai yang menyaksikan keadaan jasad pelajar Tingkatan Satu itu seperti yang dikatakan ibu arwah, Noraidah Lamat sebelum ini.

Bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga.

Dalam pada itu, peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, berkata selain ibu bapa, proses tersebut turut disaksikan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

image is not available

Sumber : BERNAMA 

Terdahulu, penduduk kampung membanjiri kawasan tanah perkuburan dan perkarangan hospital sebagai tanda solidariti dan turut melaungkan ‘Allahuakbar’ mengiringi trak polis membawa jenazah.

image is not available 2025-08-10 10:58:29

Laungan 'Allahuakbar' Di Kubur & Hospital, Penduduk Hidu Bau Harum Ketika Kubur Zara Qairina Digali Semula