Ramai kahwin umur 27 dan 24 tahun, isi rumah turun 3 orang sahaja

LocalFamily & Parenting
3 Nov 2026 • 2:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ramai kahwin umur 27 dan 24 tahun, isi rumah turun 3 orang sahaja

PETALING JAYA – Purata umur perkahwinan pertama meningkat kepada 27.1 tahun bagi lelaki dan 24 tahun bagi wanita.

Dapatan itu terkandung dalam laporan penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) yang dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS 26), di sini hari ini.

Purata saiz isi rumah di Malaysia turun kepada 3.8 orang pada 2024 berbanding empat pada 2014, manakala

Nancy berkata, meskipun purata umur perkahwinan pertama meningkat, hasrat untuk berkeluarga dalam kalangan penduduk masih kukuh apabila lebih separuh daripada 10 penduduk bujang menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan calon sesuai menjadi sebab utama mereka belum berkahwin, iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus.

“Antara sebab utama mereka belum berkahwin ialah tiada calon yang sesuai iaitu 50.6 peratus, diikuti faktor kewangan sebanyak 47.2 peratus,” katanya berucap merasmikan persidangan berkenaan.

The post Ramai kahwin umur 27 dan 24 tahun, isi rumah turun 3 orang sahaja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved