Ramai Kecam Tindakan Geng Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya [Video]

Cars
19 Feb 2024 • 12:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui setiap pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati selain mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Ini kerana setiap undang-undang dilakukan adalah untuk menjaga keselamatan setiap pengguna jalan raya.

Namun walau sudah dinasihatkan berulang kali, masih ada lagi segelintir pengguna yang bersikap mementingkan diri dengan melakukan aksi tidak sepatutnya ketika berada di atas jalan raya.

Kumpulan motosikal buat aksi superman di lebuh raya

Baru-baru ini, tular satu video di laman X (Twitter) memaparkan sekumpulan motosikal yang membuat aksi superman ketika berada di lebuh raya.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan dua buah motosikal berada di lorong kanan telah membuat aksi superman sambil menyalakan lampu hazard dengan kaki belakangnya turut disilangkan.

Terdapat dua lagi penunggang turut buat aksi sama

Selain dua penunggang itu, terdapat dua lagi motosikal di hadapan yang dipercayai turut melakukan aksi yang sama.

Lebih mencuri tumpuan, dua penunggang itu turut menukar laluannya dari lorong kiri ke kanan di saat masih berada dalam posisi sama.

Aksi mereka itu bagaimanapun dapat dirakam oleh kamera dashcam milik sebuah kereta yang ketika itu berada di belakang kumpulan motosikal berkenaan.

Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang mengecam tindakan kumpulan motosikal terbabit yang dianggap berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Malah di ruangan balas ada yang memaklumkan turut berjumpa kumpulan mat rempit dengan lagak sama seperti dalam video tular.

Tidak kurang juga ada menyifatkan tindakan kumpulan motor yang membuat aksi superman itu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di lebuh raya manakah perkara itu berlaku.

“Inilah ciri-ciri manusia yang menyusahkan pengguna jalan raya”

image is not available

“Aku masih tak faham kenapa budak-budak ni masih benak. Sekarang zaman viral, selamat ke lokap no plat dah jelas. Tah apa lagi yang jadi dekat otak dia orang ni”

image is not available

“Dia pasang hazard light sebab nak alert kepada kenderaan lain ada orang b*d*h dekat jalan raya”

image is not available

“Kalau dan helmet sedondon, memang satu grup lah tu”

image is not available