Penunggang Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Di Kajang [Video]

Cars
14 Feb 2024 • 1:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui melanggar lampu isyarat merah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang jalan raya.

Tindakan individu yang melanggar lampu isyarat ini tidak hanya dikira sebagai kesalahan sebaliknya boleh mengundang kepada bahaya seperti kemalangan dan sebagainya.

Malah telah banyak kes serta video yang tular di media sosial memaparkan kejadian kemalangan berlaku gara-gara sikap segelintir yang mementingkan diri.

Penunggang motosikal dirempuh kereta dipercayai langgar lampu merah

Perkara sama turut menimpa seorang penunggang motosikal ini apabila dia terbabit dalam kemalangan berdekatan stesen MRT Stadium Kajang, Selangor disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya lain.

Difahamkan kejadian kemalangan itu berlaku pada 11 Februari yang lalu.

Menerusi video Facebook yang tular di laman X (Twitter), awalnya kelihatan penunggang motosikal berkenaan telah berhenti di lampu isyarat sebuah simpang empat di Kajang.

Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, dia memeriksa ke arah laluan kiri dan kanan sebelum bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan.

Namun tiba-tiba datang sebuah kenderaan berwarna gelap dipercayai Proton Saga telah melanggar lampu merah dan merempuhnya sehingga menyebabkan dia terpelanting ke arah jalan.

image is not available

Kereta berhenti di bahu jalan, penunggang terbaring atas jalan raya

Selepas merempuh motosikal tersebut, kereta itu kemudian berhenti di bahagian tepi dan kelihatan dalam video penunggang motosikal terbabit terbaring di atas jalan.

Selain kereta Saga, terdapat satu lagi kereta jenama Honda berwarna putih yang turut jalan melanggar lampu isyarat itu.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang berang dengan tindakan kereta Saga dan Honda itu.

Tidak kurang ada juga yang tertanya-tanya adakah lampu isyarat di situ rosak kerana dua kenderaan tersebut berjalan dari arah berkenaan.

Namun menerusi pemerhatian kami, jelas lampu isyarat bagi laluan kereta tersebut berwarna merah manakala lampu isyarat pada laluan motosikal berwarna hijau.

Setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung keadaan penunggang motosikal terbabit dilaporkan.

image is not available

Untuk makluman kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM300 mengikut Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN167/1959).

“Lampu isyarat rosak ke apa? Sebab Honda putih tu pun jalan selamba je”

image is not available

“Kesian abang tu dah tengok kiri kanan dah sebelum gerak, sekali kena langgar”

image is not available