Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Entertainment
24 Jun 2024 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini telah melancarkan baju rasmi untuk atlet Malaysia yang beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi hantaran MOM di Instagram, dapat dilihat tiga jenis rekaan yang diperagakan untuk disarungkan atlet negara nanti.

Katanya, pakaian rasmi itu bertemakan emas untuk mencerminkan usaha gigih Malaysia dalam mencari pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

image is not available

Bagaimanapun, rekaan baju rasmi kontinjen negara itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen yang melihat rekaan itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana ia tidak menonjolkan corak belang harimau yang menjadi identiti atlet Malaysia.

Malah, ada juga yang membandingkan pakaian rasmi Olimpik terdahulu yang dilihat lebih mengagumkan berbanding rekaan pada kali ini.

Ramai yang meninggalkan komen kecewa dengan rekaan baju rasmi itu, seolah-olah pakaian yang dibuat untuk altet hanya ala kadar dan pihak yang terlibat seperti tidak memahami kepentingan kejohanan berprestij ini.

image is not available

image is not available

Menteri KBS beri respon

Berikutan isu itu, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh menyatakan rekaan baju terbabit adalah diluar bidang pihaknya.

Jelas Hannah Yeoh, rekaan baju itu merupakan tanggungjawab MOM yang bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

Netizen bagaimanapun mahu pihak KBS untuk masuk campur dan menilai semula rekaan baju terbabit.

Apa komen korang fasal rekaan baju ni?

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.