Ramai ‘Kecoh’ Satu Kepong, KL & PJ “Blackout”

15 Oct 2025 • 5:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai ‘Kecoh’ Satu Kepong, KL & PJ “Blackout”

Di media sosial, suasana tiba-tiba jadi kecoh apabila ramai netizen mula berkongsi keadaan pejabat mereka yang tiba-tiba “blackout”.

Ruangan media sosial penuh dengan hantaran bergambar menunjukkan suasana gelap gelita di pejabat. Ada yang hanya diterangi cahaya telefon bimbit, malah ada juga yang berseloroh kononnya “masa inilah baru boleh berehat sekejap”.

Difahamkan, berdasarkan info daripada orang awam, keadaan ini berlaku sekitar Kepong, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, dan banyak lagi.

image is not available
Gambar: Tangkap layar/Threads

image is not available
Gambar: Tangkap layar/Threads

image is not available
Gambar: Tangkap layar/Threads

Kenyataan TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur, petang ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, TNB menjelaskan bahawa pasukan teknikal kini berada di lokasi terlibat bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan memulihkan semula bekalan secepat mungkin.

“Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” kata TNB dalam kenyataan tersebut.

TNB turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik sepanjang tempoh gangguan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

Selain itu, TNB memaklumkan bahawa mereka sedang menerima jumlah aduan yang tinggi berhubung gangguan ini, namun memberi jaminan bahawa usaha sedang digiatkan bagi mempercepatkan proses pembaikan.

“Selagi lagi, kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kesabaran anda sepanjang tempoh pembaikan amat kami hargai. Terima kasih,” tambah kenyataan itu.

TNB juga memberi jaminan bahawa kemas kini status pemulihan bekalan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, TNB memaklumkan bahawa insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka punca kawasan sekitar Lembah Kelang dan Johor Bahru terputus bekalan.

“TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Johor Bahru akibat dari pelantikan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka,” maklum TNB.

Dalam pada itu, TNB menjelaskan bahawa pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas.

Justeru, TNB menasihatkan orang awam untuk segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi:

  • Talian 15454
  • Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
  • Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional
  • ⁠E-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my

Sumber: TNB Careline