Ramai ‘Keluar Masuk’ Penjara Beli Kuih Raya Air Tangan Banduan

LocalFood
11 Mar 2025 • 8:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai Zawanee Megat, dia telah memuat naik rakaman keadaan pintu masuk Penjara Kajang yang terlihat agak padat dengan kenderaan.

Beli kuih raya air tangan banduan dalam penjara

Dia yang merakam situasi tersebut dari dalam kereta juga seakan perlu mengambil giliran untuk memasuki pintu utama penjara berkenaan dengan tujuan yang sama.

Tak rugi beli kuih raya dari penjara

Difahamkan, masing-masing sedang berebut untuk mendapatkan kuih raya hasil air tangan banduan-banduan disana dipercayai dijual dengan harga berpatutan.

Terima kasih Tun Laila kerana viralkan

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh dan juga seorang peguam, Tun Laila apabila membantu mempromosikan jualan kuih raya di penjara.

Masing-masing mengakui bahawa kuih raya air tangan banduan cukup memuaskan hati serta harganya yang cukup berpatutan untuk dibeli.

image is not available

 

Produk Penjara Kajang memang terbaik

image is not available

 

Mengalir saham baik buat Tun Laila

image is not available

Nampakkan good influencer punya impak

image is not available

 

Dari sini kita dapat lihat betapa berkesannya pengaruh baik yang dibawakan oleh pempengaruh kerana memberi manfaat kepada pihak lain termasuklah mereka yang berada di tirai besi.

Sumber: TikTok zawaneemegat