
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, seorang usahawan wanita telah berkongsi membuat rawatan vaginal laser tightening di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.
Malah usahawan itu turut menyarankan orang ramai khususnya yang mempunyai anak yang ramai untuk melakukan rawatan terbabit untuk mengetat dan memutihkan alat sulit wanita.
“First time aku buat laser vagina bagi ketat. Maklumlah dah anak tiga kan. Menakutkan lah mula-mula, tapi tak lah sakit mana pun.
“Cuma tak selesa masa masuk besi tu. Wei seriously yang ada anak ramai tu tolonglah buat ini untuk ketat dan putihkan f***k (alat sulit),” katanya dalam hantaran berkenaan.
Perkongsiannya itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat pelbagai kritikan di kalangan pengguna media sosial. Bahkan ada yang menyoal mengenai hukum melakukan rawatan itu.

Doktor terangkan rawatan vaginal laser tightening dari sudut perubatan dan hukum
Terbaharu Doktor Estetik, Dr Mushi yang sering berkongsi mengenai kesihatan telah tampil menerangkan apakah hukum melakukan rawatan tersebut dari sudut perubatan dan syarak.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ujarnya ramai wanita yang berasa serba salah apabila mendengar tentang vaginal laser tightening.
“Kecoh dekat Threads, vaginal laser haram ke? Ramai wanita rasa serba salah bila dengar tentang vaginal laser tightening.
“Ada yang tertanya-tanya boleh ke? Haram ke? Patuh syariah ke? Jadi hari ni saya nak jelaskan dari sudut perubatan dan juga syarak.
“Rawatan vaginal laser tightening, bukan hanya untuk kecantikan dan juga kepuasan seksual semata-mata,” katanya dalam video berkenaan.
Membantu masalah kesihatan yang dialami oleh wanita
Jelas Dr Mushi dari segi pandangan peribadinya, rawatan itu membantu masalah seperti kerap terkencing, atau susah untuk menahan kencing atau rasa berat di bahagian bawah (vagina) disebabkan otot pelvik yang lemah.
Masalah seperti yang disenaraikan itu secara tidak langsung boleh mengganggu wuduk, solat serta keselesaan untuk melakukan ibadah yang lain.

“Terutamanya kita dah nak masuk bulan Ramadan, kita nak luangkan masa di masjid, di surau untuk tarawih.
“Dari sudut syarak, ikhtiar rawatan untuk mencegah mudarat dan menjaga ibadah adalah dibenarkan.”
Katanya sebagai doktor, dia akan membuat penilaian terlebih dahulu keperluan setiap pesakit.
“Niat kita jelas untuk kesihatan dan kualiti hidup wanita,” katanya.
@drmushi.amisi Vaginal Laser Tightening : Hujah yang mengharuskan rawatan dari sudut perubatan dan syarak
♬ Monkeyshine-JP – Lt FitzGibbons Men
Ada dua hukum lakukan rawatan laser vaginal tightening menurut Pejabat Mufti WP
Memetik laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan rawatan laser vagina tightening yang bertujuan untuk mengetatkan otot-otot faraj yang longgar melibatkan proses mengubahsuai ciptaan-Nya.
Oleh itu, terdapat solusi hukum berdasarkan tujuan dan keadaan-keadaan seperti:
- Harus bagi tujuan merawat penyaki (daruriyyat) atau kecacatan akibat kesan kemalangan agar dapat mengembalikan semula bentuk asal muka dan memulihkan fungsinya.
- Haram untuk tujuan kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata mahupun meningkatkan kepuasan seks pasangan.

Larangan itu adalah disebabkan beberapa faktor berikut:
- Kelonggaran faraj merupakan proses semula jadi yang berlaku akibat penuaan, atau kekerapan bersalin, maka ia termasuk dalam mengubah ciptaan-Nya.
- Ancaman fitnah kerana melibatkan pendedahan aurat yang bukan bertujuan keperluan perubatan.
“Justeru, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan hukum adalah niat melakukan laser vaginal tightening sama ada ia bertujuan kosmetik semata-mata atau atas dasar maslahat daruriyyat atau hajiyyat .
“Hal ini kerana, rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak (daruriyyat) dan bukan semata-mata untuk kecantikan serta kepuasan nafsu.“

