“Haram hukumnya!”- Netizen kecam Sasha Abdul Aziz, jalani rawatan ketatkan bahagian sulit

21 Jan 2026 • 2:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, mendedahkan pengalamannya melakukan rawatan laser pada bahagian alat sulit sebagai salah satu bentuk penjagaan diri.

Menerusi hantaran di platform Threads, Sasha menjelaskan bahawa rawatan tersebut bertujuan untuk mengetatkan semula tisu di kawasan berkenaan serta membantu proses pencerahan kulit.

“Kali pertama aku buat laser di bahagian kemaluan bagi ketat. Maklumlah dah anak tiga kan,” kongsinya.

image is not available

Sasha mengakui pada awalnya dia berasa agak gerun, namun proses rawatan itu ternyata tidak menyakitkan seperti yang dibayangkan.

“Menakutkanlah mula-mula tapi taklah sakit mana pun. Cuma tak selesa masa masuk besi (peranti laser) tu,” tambahnya.

image is not available

Beliau turut menyarankan wanita lain, terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak, untuk mencuba rawatan tersebut.

Netizen kecam Sasha Abdul Aziz

Bagaimanapun, hantaran Sasha itu menerima pelbagai reaksi warganet, ada yang menyifatkan perkongsiannya kurang sensitif, malah sebahagian pihak menegaskan bahawa prosedur berkenaan hukumnya haram.

image is not available image is not available image is not available

Artikel lain: Dikecam buat rawatan tanam benang pada wajah, Sasha Abdul Aziz pertahan diri

Meskipun hantaran tersebut menerima pelbagai kecaman, namun Sasha kekal tenang dan tidak terkesan dengan sebarang kritikan warganet.

image is not available

“Aku cantik seorang diri sajalah selepas ini, malas dah nak berkongsi,”katanya.

Sumber: Threads sashaabdulaziz