Netizen Kenenkan Nadeera Dengan Hael Husaini, Tuan Badan Dedah Sesuatu

EntertainmentLifestyle
2 Apr 2025 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nadeera Hael Husaini

Hubungan rapat antara penyanyi Nadeera dan Hael Husaini semakin menjadi bualan netizen, terutama selepas mereka berduet dalam lagu Meriah Lain Macam.

Menurut laporan mStar, ramai peminat mula ‘kenen-kenenkan’ mereka sebagai pasangan kekasih selepas melihat keserasian mereka.

“Hael macam abang saya” – Nadeera

image is not available

Namun, Nadeera menegaskan bahawa dirinya menganggap Hael hanyalah seorang abang dan mentor dalam industri seni.

Kali pertama saya bekerjasama dengan Hael, tak sangka dia sangat baik, merendah diri dan banyak ilmu saya timba daripada dia. Dia seorang abang yang sangat baik pada saya.

Menurutnya, Hael banyak membantu dari segi vokal dan penciptaan lagu, malah sering memberi tunjuk ajar tanpa kedekut ilmu.

Yang mengenali dia pasti tahu Hael bukan seorang serius sangat. Dia lebih kepada seorang abang yang menyeronokkan.

Peminat terus ‘ship’ mereka!

image is not available

Walaupun Nadeera sudah menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai rakan kerja, peminat tetap berharap ada ‘sesuatu’ antara mereka.

Di media sosial, ramai netizen masih ’ship’kan dan anggap mereka pasangan ideal selepas melihat keserasian dan keakraban mereka.

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang, hubungan baik dalam industri hiburan boleh disalah tafsir sebagai cinta. Yang penting, kita kena hormati ruang peribadi artis dan terus menyokong kerjaya mereka!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved