Ramai lega Wak Doyok panggil Akmal ‘Old Money’ jadi model -“Terima kasih selamatkan dia”

LocalEntertainment
21 Jan 2025 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wak Doyok panggil Akmal

Netizen di media sosial seakan lega Wak Doyok panggil Akmal ‘Old Money’ untuk menjadi model baju Melayu keluaran ikon fesyen tanah air itu bersempena hari raya nanti.

Perkongsian tersebut menjadi perbualan selepas Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor memuat naik teaser klip video bagi mempromosikan baju jenamanya dengan menggunakan Akmal sebagai salah seorang model.

@wakdoyok8055

Coming soon. DON"T LOOK DOWN ON ANYONE. YOU ONLI SAW CHE CHOOSEC TO CHOW YOU #bajumelayuwakdoyokbayuflo #bajumelayuwakdoyok #beoriginal #oldmoneyvibes #oldmoney @Akmal_OldMoney

♬ stellar (Sped Up) - .diedlonely & énouement

Wak Doyok panggil Akmal jadi model untuk baju Melayu

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat yang Wak Doyok membantu menyiapkan penampilan Akmal sebelum sesi bergambar dijalankan.

image is not available

Wak Doyok panggil Akmal untuk promosi baju raya

Dia juga turut meninggalkan kapsyen dan memberitahu bahawa akan ada lebih video untuk mempromosi baju Melayu yang digayakan oleh Akmal Old Money itu tidak lama lagi.

image is not available

Wak dah selamatkan Akmal

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan Akmal berada di jalan yang betul kerana bekerjasama dengan ikon fesyen sebenar berbanding sebelum ini.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Wak Doyok kerana ‘menyelamatkan’ lelaki itu daripada terus tular dengan gelaran ‘old money’ tanpa panduan pemakaian yang lebih sesuai.

image is not available

Patutla ada video Akmal macam dah mula melawan

image is not available

Dia berada ditangan yang tepat

image is not available

Ni baru boleh sokong

image is not available

Ni tak kira sailang kan?

image is not available

Terdahulu, nama Akmal tiba-tiba sahaja menjadi sebutan selepas video-video dia bersama ‘geng old money’ membuat penampilan berjaket di khalayak ramai sehingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Netizen juga turut membandingkan penampilan ‘geng old money’ ini dengan Wak Doyok kerana jauh berbeza serta kelihatan seperti ada sahaja yang tidak kena.

Sumber: TikTok wakdoyok