Ramai Makin Teruja, Kim Seonho & Go Younjung Dilihat Jalani Penggambaran Drama Baru Di Kanada

EntertainmentMovie
30 Sep 2024 • 1:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai makin tak sabar kan nak lihat gandingan Kim Seon-ho dan Go Youn-jung dalam drama “Can This Love Be Translated?”?

“Can This Love Be Translated?” akan membawa kisah cinta penuh luka di mana seorang lelaki yang bekerja untuk menterjemah bahasa, berkenalan dengan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta berlainan dengannya. Dari situ, mereka memahami dan melalui salah faham antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Kim Seon-ho dan Go Youn-jung dilihat telah menjalani penggambaran di Kanada, menambahkan lagi keterujaan penonton untuk tayangan drama tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, “Can This Love Be Translated?” akan disiarkan menerusi Netflix, dengan tarikh yang akan diumumkan nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.