“Mustahil Kami Tak Serasi” – Kim Woobin Akui Seronok Dapat Berlakon Sekali Lagi Bersama Suzy

EntertainmentMovie
20 Sep 2024 • 10:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “Uncontrollably Fond”, Kim Woo-bin dan Suzy akan bergandingan sekali lagi dalam sebuah drama!

Bagi yang belum tahu, Kim Woo-bin dan Suzy sah akan menemui penonton dalam drama baru berjudul “All The Love You Wish For” dan telah pun memulakan penggambaran.

Mengenai reunion mereka, Kim Woo-bin meluahkan perasaan terujanya,

Seronok dapat berjumpa dengan Suzy lagi. Mustahil kami tak serasi dengan satu sama lain. Saya sangat bersyukur kerana ada ramai orang yang berulang kali bekerja dengan saya termasuklah Suzy.

image is not available

Sambung lelaki itu,

Kami tak perlu melalui proses untuk menjadi rapat oleh itu, kami boleh bercakap tentang kerja dengan lebih mudah dan baik. Itulah sebabnya kami seronok ketika penggambaran.

Tak sabarnya nak tengok diorang berlakon sekali lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.