Ramai Memilih Untuk Dihapuskan Sistem Kemudahan Koc Wanita – Hasil Tinjauan

24 Jul 2024 • 10:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu tampil membuat tinjauan mengenai kemudahan koc wanita bagi perkhidmatan MRT yang rata-ratanya tidak dipersetujui kaum lelaki di Malaysia.

Ramai memilih untuk koc wanita dihapuskan?

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Land Publis Transport Fans (MLPTF) itu, individu itu ada memberi beberapa pilihan iaitu penghapusan terus koc wanita dan juga cadangan penambah baikan kemudahan tersebut.

Saya lihat ramai pengguna MRT tidak berpuas hati terutamanya lelaki mengenai kemudahan koc wanita.

Saya sokong sepenuhnya, namun mungkin perlu diperhalusi atau tambah baik terutamanya pada waktu puncak atau rombak sepenuhnya oleh MRT Corp.

Dalam pilihan tersebut, apa yang dicadangkan adalah seperti menghapuskan koc wanita kerana semua pengguna membayar tambang dan tiada keistimewaan antara wanita dan juga lelaki.

image is not available

Kedua, mengekalkan koc wanita namun perlu diwujudkan polis bantuan agar perkhidmatan tersebut digunakan dengan sebaiknya.

Ketiga, memperkenalkan dua koc wanita dan dua koc lelaki sebagai langkah baru.

Ramai wanita tidak duduk dalam koc khas

Hasil tinjauan mendapati, ramai memilih untuk dihapuskan terus koc wanita.

Antara alasan yang dikemukakan netizen, ramai pengguna wanita tidak duduk dalam koc wanita meskipun disediakan.

image is not available

Dah 4 bulan naik mrt. Apa saya peratikan ya ramai perempuan tak stay kat women coach, padahal banyak lagi empty seat kat women coach tu. Kita ni pula kena berdiri. – netizen

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Pengusaha Kantin Ketar Menahan Marah Lihat Cikgu Turut Menjual Di Sekolah - "Diorang Ni Semua Ada Ambil Suntikan Ke?"