Ramai Minta Haramkan Cermin Gelap Untuk Elak ‘Anak Tertinggal’ Dalam Kereta, Ini Respon Anthony Loke

Entertainment
22 Nov 2023 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dua bulan ini, berlaku beberapa kes kecuaian yang membabitkan kematian kanak-kanak akibat tertinggal dalam kenderaan dalam tempoh yang lama.

Susulan beberapa siri kejadian itu, orang ramai mula menyuarakan kebimbangan dan mencadangkan pengharaman cermin gelap pada kenderaan sebagai salah satu langkah mencegah kejadian seumpama itu berlaku pada masa hadapan.

Perkara itu turut dimaklumkan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengajukan isu tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.

image is not available

Tidak perlu haram cermin gelap

Memetik sumber Utusan, Kementerian Pengangkutan tidak berhasrat mengharamkan cermin gelap pada kenderaan hanya kerana ada kes bayi mati disebabkan ibu bapa cuai tertinggal anak mereka.

image is not available

Anthony Loke berkata, setakat ini pemasangan lapisan gelap tersebut masih lagi dibenarkan di negara ini atas faktor keselamatan dan kesihatan.

“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus disekat langsung cermin gelap,” katanya.

Jelasnya, lapisan gelap sebenarnya bukan aksesori wajib dan cuma pilihan untuk keselamatan dan kesihatan.

Mengulas lanjut, Loke menyarankan ibu bapa yang ada anak kecil perlu elak daripada memasang cermin gelap kerana bimbang berlaku kejadian seumpama itu.

Ketika ini, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan kadar penembusan cahaya maksimum 50 peratus untuk cermin sisi manakala cermin depan pula dibolehkan 70 peratus.

Sumber: Utusan, Sinar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.