Ramai Minta Jadi Mami Jarum Live Di TikTok, Kartina Aziz Pula Segan - “Saya Rasa Di Usia Begini Kurang Sesuai”

5 Aug 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon vateran, Kartina Aziz terharu dan tidak menyangka masih ramai lagi yang mengingati karakter ikoniknya dalam filem popular Mami Jarum.

 

Karakter Mami Jarum masih diingati

Menurut Kartina, ada diantara peminat yang memintanya untuk melakukan karakter Mami Jarum dalam siaran langsung di platform TikTok.

 

“Ada juga yang minta saya buat karakter Mami Jarum masa live di TikTok dahulu, tetapi saya rasa ramai yang buat parodi pun lebih bagus daripada saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

 

Segan untuk jadi Mami Jarum di TikTok

Bagaimanapun kata Kartina, dia merasakan kurang sesuai untuk dirinya melakukan perkara itu memandangkan usianya juga sudah mencecah 69 tahun.

 

“Saya ada akaun TikTok tapi tak aktif sebab saya susah nak beri tumpuan. Pada saya kalau sudah buat benda tu, kita nak kena beri komitmen pada konten. Saya khuatir tak terbuat kerja lain nanti.

 

“Saya juga merasakan di usia yang sebegini agak kurang sesuai untuk saya buat begitu. Umur seperti saya nak bersaing dengan yang comel-comel, rasanya tak apalah kita jadi penonton sahajalah,” ujarnya.

 

 

 

 

 


Terdahulu, Kartina cukup terkenal dengan gandingannya bersama pelakoan Rita Rudaini menerusi filem Mami Jarum.

 

Sehingga kini, watak ikonik itu masih lagi menjadi sebutan dan tular di media sosial selain ramai melakukan parodi.