“Jahanam Harta Aku, Bab* Punya Manusia” -Tertekan Gear Reverse, Kereta Kak KM Remuk Langgar Tembok

13 Sep 2023 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM meluahkan kecewa melihat kereta kesayangannya remuk terlanggar tembok rumah.

Menerusi satu hantaran di media sosial, dapat dilihat bahagian belakang kereta termasuk pintu pemandu ‘terkopak’ dipercayai kerana suaminya, tertekan gear undur.

image is not available

Dalam video rakaman, kedengaran suara kesal Kak KM berkata harta kesayangannya hancur akibat perbuatan aniaya orang lain yang tak bersama-sama berusaha menjaganya.

Macam mana nak tarik ni? Jahanam harta aku. Bab* punya manusia. Ini terus tekan minyak sekuat-kuatnya, menganiaya namanya. Tahu tak menganiaya? Ini la dia. Tak tahu sama-sama jaga harta.

Di ruangan komen, netizen terkejut dan meminta kepastian adakah Kak KM tergamak memaki hamun pelaku yang disyaki suaminya sendiri. Tak kurang juga yang mendoakan semoga urusan usahawan ini dipermudahkan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Alahai, dugaan sungguh Kak KM. Semoga ada rezeki berlipat ganda lagi selepas ini.

Kredit: TikTok @lianaroslikakkm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.