“9 Tahun Kena Try? Hebatnya You Dikejari” – Isteri Hafidz Roshdi Serah Kes Penyondol Kepada Peguam

19 Feb 2023 • 5:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
athira yuhada

Wanita yang dikaitkan sebagai orang ketiga akhirnya tampil memohon maaf kepada isteri Hafidz Roshdi dan dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

Menerusi satu hantaran di Instagram, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada berkata dia dah cuba untuk mengelak selama 9 tahun pelakon itu cuba mendekatinya.

“Hubungan dengan Hafidz dah lama berakhir” – Athira Yuhada

image is not available

Namun, dia akhirnya kecundang kerana kesian dengan keadaan kesihatan mental Hafidz yang didakwanya tak berapa baik. Tegasnya lagi, hubungannya dan Hafidz dah lama berakhir.

Isteri Hafidz Roshdi serah bukti kepada peguam

Terbaru, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menjelaskan beberapa fakta yang bercanggah dengan keterangan Athira Yuhada.

Katanya, berdasarkan bukti yang dilihat dengan matanya sendiri, Hafidz Roshdi dan wanita itu masih berhubungan sehingga 25 Januari lalu.

image is not available

Nurul Shuhada juga menasihatkan Athira supaya tak menuding jari kepada Hafidz seorang kerana jika bertepuk sebelah tangan ianya tak akan berbunyi.

Katanya jumpa pada sekian-sekian waktu tapi tiba-tiba 9 tahun kena try? Wow hebatnya you dikejari

Dia menyerahkan segala bukti yang ada kepada peguam untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang lebih adil.

Kredit: Instagram shushukriii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.