Ramai mula terjebak! Lumba siput sedut atas tutup periuk jadi tumpuan

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 11:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai mula terjebak menonton lumba siput sedut atas tutup periuk sehingga ribuan viewers melihatnya tanpa berganjak.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Tansri_ash telah menjadi tumpuan dan memaklumkan bahawa perlumbaan tersebut berlangsung susulan Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berjalan ketika ini.

Lumba siput sedut sempena Sukma

Dengan bermodalkan tudung periuk dan siput sedut yang masih hidup, pengguna TikTok berkenaan berjaya mengumpul penonton sendiri bagi menyaksikan siaran langsung perlumbaan tersebut.

Perlumbaan siput sedut itu persis seperti acara di Sukma apabila melibatkan beberapa nama negeri yang diwakili hidupan laut tersebut.

Lumba siput sedut ditonton ribuan orang

Difahamkan, sudah lebih 40,000 pengikut yang menyaksikan perlumbaan tersebut dan 2 juta tanda suka diterima sepanjang siaran langsung yang dibuat pengguna TikTok berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berseloroh mengatakan yang masyarakat kini dahagakan hiburan yang tidak memeningkan.

Ada juga yang pelik kerana siaran langsung itu ditonton ribuan orang dan ramai sudah terjebak sehingga ralit menyaksikannya tanpa sebarang tujuan.

image is not available

Ramai terjebak tonton

image is not available

Ternanti-nanti race setiap malam

image is not available

Cadang panjangkan trek

image is not available

Pengguna TikTok pasti sudah beberapa kali menyaksikan perlumbaan tersebut di media sosial masing-masing.

So, korang ‘pegang’ negeri mana?

Sumber: TikTok Tansri_Ash