“Ramai orang tua terpengaruh” – Tular Perigi Didakwa Boleh Sembuhkan Pelbagai Penyakit, Ini Respon KKM

Entertainment
28 Oct 2024 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, tular di media sosial mengenai satu rawatan mandian dari air perigi yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Katanya, telaga yang terletak di kawasan perkhemahan di Ulu Sepri, Rembau itu mengandungi teknologi rawatan terapi ion buatan manusia yang pertama di Malaysia.

Dakwanya, rawatan terapi itu boleh memberi kesan kebaikan untuk mereka yang menghidapi penyakit seperti strok, urat saraf, radang saraf, dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, pihak pusat terapi ini juga mendakwa terapi mandian ini menyahkan aura negatif.

image is not available

@rizzstudio2024

Telaga ION buatan teknologi manusia di Dusun Pinang Campsite Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan di mana di sini tempat mandi perigi ion yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. #dusunpinangcampsite #telagaion #perigiion #dusunpinang #ulusepri

♬ original sound – Rizz Studio – Rizz Studio

Netizen minta KKM siasat

Rawatan terbabit nyata telah mempengaruhi golongan warga emas apabila dilihat orang ramai terutama golongan ini sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk berikhtiar dengan terapi mandian itu.

Perkara ini meraih perhatian netizen yang curiga dengan keberkesanan terapi itu memandangkan pelbagai jenis penyakit boleh dirawati hanya dengan menggunakan air mandian dalam telaga tersebut.

Menurut sumber netizen, sebaldi air dicaj dengan harga RM50 dan minyak sapu untuk rawatan itu pada harga RM50.

Ada yang mendakwa, sudah pergi mencuba terapi terbabit untuk merawat sakit uratnya tetapi tidak mendatangkan ‘hasil’.

Susulan itu, netizen menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyiasat mengenai dakwaan terapi perigi terbabit.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available

Dalam perkembangan terkini, KKM telah mengambil maklum dan sedang mengambil perhatian serius mengenai isu tersebut.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.