Ramai Pengguna iPhone Tidak Nampak Nilai Penting Pada Apple Intelligence

TechnologyDigital
17 Dec 2024 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SellCell kerap melakukan kaji selidik di antara pengguna Android dan iOS seperti bertanyakan mengenai nama iPhone 13, adakah pengguna Android akan berhijrah ke iOS jika menggunakan USB-C dan banyak lagi. Kaji selidik terbaru mereka mendapati sesuatu yang menarik mengenai pengguna Apple terhadap Apple Intelligence.

image is not available

73% pengguna iPhone didapati tidak berpuas hati dengan penawaran Apple Intelligence pada iOS. Mereka menyatakan ciri yang ditawarkan tidak begitu berguna dan mereka tidak dapat melihat nilai penting padanya. Ini sama dengan 87% pengguna Samsung yang mempunyai pendapat sama mengenai Galaxy AI.

image is not available

Tambahan SellCell lagi, mereka turut menemui yang 72% pengguna iPhone menggemari ciri alat menulis (Writing Tools), 54% sukakan ciri rumusan notifikasi, 44.5% menggemari ciri mesej paling penting, 29.1% yang menerima ciri Clean Up dalam Photos dan hanya 20.9% sukakan ciri Smart Reply dalam Mail dan iMessage. Perlu diingatkan yang kaji selidik ini adalah berdasarkan pengguna di Amerika Syarikat dan sebelum pelancaran iOS 18.2.

image is not available

Ada yang mengatakan jika penawaran Genmoji dan ChatGPT diperkenalkan secara meluas, ramai akan menggunakannya. Namun dalam cubaan kami yang masih menggunakan versi beta dan pembangun sehingga hari ini, penggunaan Apple Ingtelligence masih tidak sempurna walaupun konsepnya kelihatan menarik. Apa kata anda?