“Ramai Pengunjung Tanya Kenapa Kedai Tutup” – Amir Raja Lawak Dakwa Disihir, Jumpa Syiling Berterabur Di Ruang Kedai

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Para peniaga sering mengalami situasi di mana mereka menemui beberapa keping duit syiling di sekitar ruang niaga, yang dikaitkan dengan amalan sihir kedai.

Situasi tersebut turut dialami oleh pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 36, sejak lebih sebulan lalu apabila dia mendapati syiling berselerakan di beberapa bahagian kedainya di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

image is not available

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi berkata, pada mulanya dia tidak terlalu memikirkan mengenai penemuan syiling tersebut dan menganggapnya sekadar duit yang mungkin terjatuh daripada pelanggan.

Tapi, saya ada jumpa lagi di tempat berbeza dan kebiasaannya perkara ini selalunya berkaitan dengan sihir. Tapi, saya masih lagi ‘husnudzon’ dan anggap tiada apa-apa berlaku.

 

Hari demi hari perjalanan operasi kedai agak terganggu dan ramai pengunjung tanya kenapa kedai ditutup, sedangkan setiap hari premis beroperasi seawal jam 11 pagi.

image is not available

Itu yang menjadi kemusykilan dan lama kelamaan saya akui ia ada kaitan dengan sihir. Menerusi perkongsian dalam TikTok, ramai juga memberi pendapat sama.

Amir turut berkata, kejadian itu memberi impak kepada para pekerjanya yang didapati sering sakit kepala dan sakit badan, berkemungkinan kerana menyentuh syiling berkenaan.

Menurutnya, dia telah mendapatkan pandangan daripada ustaz dan pengamal perubatan Islam, namun masih belum berkesempatan untuk bertemu secara langsung bagi mencari ikhtiar dalam memulihkan keadaan seperti sediakala.

image is not available 4 weeks ago

“Kalau Ada Watak Sedih-Sedih Macam Kena B*li Ke, Memang Saya Minat...” - Amir Raja Lawak Sedia Terima ‘Job’ Berlakon