“Kalau Ada Watak Sedih-Sedih Macam Kena B*li Ke, Memang Saya Minat…” – Amir Raja Lawak Sedia Terima ‘Job’ Berlakon

EntertainmentOpinion
16 Jan 2025 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama menyepi dari dunia lakonan, pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan dia sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran berlakon.

Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran yang bersesuaian dengannya termasuklah watak sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau mangsa dera dan buli.

image is not available

Ada yang nak tawar job nanti boleh hubungi saya ya. Kalau ada watak sedih-sedih macam watak kena dera ke, watak cacat ke atau watak kena buli saya memang berminat nak buat.

 

Tahun lepas saya memang fokus meniaga sahaja, tawaran berlakon memang ada cuma saya tak ambil sebab tengok seronok berniaga.

 

Untuk tahun ini, saya akan mula ambil tawaran berlakon insya-Allah.

image is not available

Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Amir turut berkata, dia sangat bersyukur kerana diberikan peluang kembali berlakon namun dia tetap akan memberikan fokus penuh terhadap perniagaannya selepas tamat penggambaran berkenaan.

image is not available 1 year ago

"Tolong Tukar AmirGaza Atau AmirPalestin" - Jualan Air Jagung Amir Raja Lawak Hampir Kena Boikot Gara-Gara 'Trademark' Amirreka

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved