Ramai Persoal Jaclyn Victor Tukar MyKad Generasi Baharu Dengan Rambut Berwarna Cerah, Ini Respon JPN [Video]

18 Sep 2026 • 1:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila penyanyi, Jaclyn Victor memuat naik foto bersama kad pengenalan generasi baharu yang didakwa memaparkan rambutnya yang berwarna cerah.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai mempersoal pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adakah dibenarkan untuk mengambil gambar kad pengenalan dengan warna rambut sedemikian.

View on Threads

Ini kerana sebelum ini JPN ada membuat hebahan mengatakan para wanita yang mahu mengambil gambar untuk membuat MyKad perlu memakai tudung berwarna gelap manakala yang tidak bertudung pula rambut hendaklah berwarna hitam.

View on Threads

JPN jelaskan warna rambut yang dibenarkan untuk ambil gambar kad pengenalan

Terbaharu Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asyraf Sukardi memaklumkan secara asasnya warna rambut yang dibenarkan untuk mengambil gambar bagi kad pengenalan atau MyKad baharu adalah warna-warna asal.

Katanya dalam satu temubuat bersama KoolFM, antara contoh warna yang dibenarkan warna uban, atau yang digunakan seperti inai yang tidak terlalu ketara.

“Contohnya dia (individu) memang keturunan Eurasian kita benarkan tidak ada masalah. Tapi bukanlah seperti dalam keturunan Jawa tetapi rambutnya blonde (perang).

“Bukan blonde sepenuhnya, warna-warna yang lebih kepada natural (semula jadi),” katanya.

Tak semestinya kena pakai tudung hitam yang penting warna gelap

Menurut beliau lagi, bagi mereka yang bertudung pula ia tidak semestinya berwarna hitam tetapi perlu berwarna gelap.

Ini kerana asasnya latar belakang ketika gambar diambil adalah berwarna putih.

“Kalau dia (individu) memakai satu tudung yang cerah, kita tak akan nampak tudung tersebut di dalam gambar,” jelasnya lagi.

Ada yang kongsi pengalaman diminta tukar tudung untuk ambil gambar MyKad

Sebelum ini di Threads, ramai yang mempersoal bagaimana penyanyi terbabit dibenarkan mengambil gambar dengan warna rambut sebegitu.

Malah ada yang berkongsi pengalaman diminta untuk menukar warna tudung yang gelap sekiranya mahu mengambil gambar MyKad.

Yang pakai MyKad dengan dual imej tak perlu tukar

Dalam video sama Muhammad Asyraf turut menerangkan mengapa rakyat Malaysia perlu menukar kepada MyKad baharu.

Katanya jika seseorang itu masih menggunakan kad pengenalan yang mempunyai dual imej maka mereka tidak perlu untuk menukarkannya.

“Kalau dulu kita ada 23 fitura keselamatan, sekarang kita ada 53 ciri keselamatan. Belakang kod QR tersebut tidak boleh dibaca oleh mana-mana telefon pintar.

“Kita hanya boleh membaca menggunakan alat dengan aplikasi dibenarkan oleh JPN sahaja untuk baca dokumen tersebut dan kita akan verifikasi secara muka. Sama ada yang pemegang MyKad tu orang sebenar atau tidak kita akan buat ‘face recognition’ sekali.”

Manakala bagi ciri-ciri Touch ‘N Go secara sentuh pula sememangnya tidak disediakan lagi di dalam MyKad.

Oleh itu, mana-mana pengguna yang mahu menggunakan Touch ‘N Go, pihak berkenaan telah membuat promosi kad NFC yang terbaharu.

View this post on Instagram

A post shared by koolfmmy (@koolfmmy)

Berikut adalah komen netizen:

“Eh boleh pula warna rambut ambil gambar kad pengenalan (IC)? Okay saya akan tangkap layar ini dan bawa ke JPN sebab tak nak hitamkan rambut. Adil lah kan”

Image from: Ramai Persoal Jaclyn Victor Tukar MyKad Generasi Baharu Dengan Rambut Berwarna Cerah, Ini Respon JPN [Video]

“Niat nak promote IC rekaan baharu, tiba-tiba viral sebab lain. Tak pasal-pasal JPN kena hadap komen-komen rakyat untuk yang warnakan rambut.”

Image from: Ramai Persoal Jaclyn Victor Tukar MyKad Generasi Baharu Dengan Rambut Berwarna Cerah, Ini Respon JPN [Video]

“Awak boleh buat kad pengenalan dengan rambut berwarna?”

Image from: Ramai Persoal Jaclyn Victor Tukar MyKad Generasi Baharu Dengan Rambut Berwarna Cerah, Ini Respon JPN [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved