JPN Jelaskan Isu Rambut Berwarna Dalam Gambar MyKad Jaclyn Victor

18 Sep 2026 • 7:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu gambar MyKad Jaclyn Victor yang tular baru-baru ini akhirnya mendapat penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ramai sebelum ini tertanya-tanya sama ada rambut berwarna memang dibenarkan ketika mengambil gambar MyKad, apatah lagi selepas ada yang mendakwa wujud layanan berbeza terhadap orang awam.

Rambut berwarna bukan terus ditolak JPN

Image from: JPN Jelaskan Isu Rambut Berwarna Dalam Gambar MyKad Jaclyn Victor

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi menjelaskan rambut berwarna sebenarnya tidak dilarang secara mutlak.

Secara asasnya, kita benarkan rambut yang warnanya hampir dengan rambut asal, contohnya warna uban ataupun yang menggunakan inai yang tidak terlalu ketara.

Sebagai contoh, sekiranya individu itu memang berketurunan Serani, kita benarkan dan tiada masalah. Tetapi bukanlah seperti keturunan Jawa tetapi rambutnya diwarnakan perang.- Katanya.

Tudung tak semestinya hitam

Image from: JPN Jelaskan Isu Rambut Berwarna Dalam Gambar MyKad Jaclyn Victor

Dalam masa sama, JPN turut menjelaskan kekeliruan mengenai warna tudung bagi wanita yang mahu mengambil gambar MyKad.

Menurut Asraf, pemohon tidak diwajibkan memakai tudung hitam, sebaliknya digalakkan memilih warna gelap supaya perincian wajah dan tudung lebih jelas dengan latar belakang putih.

Untuk tudung pula, kita tidak cakap wajib warna hitam, tetapi ia perlu berwarna gelap.- Jelasnya.

Penjelasan itu diberikan selepas gambar Jaclyn Victor memperbaharui MyKad dengan rambut yang bukan berwarna hitam asli menjadi perhatian ramai pada Khamis. Situasi berkenaan menyebabkan sebahagian warganet mempersoalkan garis panduan yang digunakan JPN.

The post JPN Jelaskan Isu Rambut Berwarna Dalam Gambar MyKad Jaclyn Victor appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved