Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Asap rokok merupakan sesuatu yang sering tidak disenangi oleh orang ramai, namun apa yang menjengkelkan ada perokok yang tidak mempunyai sifat ‘common sense’ apabila menghisapnya sesuka hati..
Lebih menyakitkan hati apabila si perokok menghisap di kawasan larangan tanpa rasa bersalah.
Lelaki tegur tindakan individu merokok berdekatan kawasan dobi
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang lelaki bertindak memarahi seorang perokok dipercayai ketika berada di sebuah dobi pakaian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Haziq Hanafiah di Threads, kelihatan lelaki berbaju merah itu sedang menegur seorang lelaki yang didakwa merokok dengan nada yang tinggi.
Bau asap rokok masuk ke dalam premis dobi
Dalam video itu kedengaran lelaki berbaju merah itu meminta lelaki yang menghisap rokok berkenaan merokok pada jarak yang jauh agar asap rokok tidak masuk ke kawasan dobi.
Malah lelaki berbaju merah itu turut mengatakan dia tidak menghisap rokok dan meminta perokok itu mendengar tegurannya itu.
Hanya mengiyakan sebelum sambung hisap rokok
Tidak melawan teguran tersebut, lelaki yang dipercayai merokok itu kemudian hanya mengiyakan.
“Tahu, tahu,” ujarnya serta meminta lelaki berbaju merah untuk masuk semula ke dalam dobi.
Selepas ditegur, lelaki itu kemudian dilihat menyambung semula menghisap rokok di luar kedai.
“Pesanan khidmat masyarakat daripada seorang brother yang tak merokok: Jangan merokok di tempat awam, nanti kena maki (marah) percuma. Sekian,” kata Haziq di kapsyen hantarannya itu.
View on Threads
Ramai puas hati lihat lelaki berbaju merah marah perokok
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan mereka berpuas hati apabila mendengar lelaki berbaju merah dengan tegas menegur perokok terbabit.
Haziq di ruangan komen turut memaklumkan insiden tersebut berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Malah ada yang berpendapat, individu yang menghisap rokok sememangnya tidak berfikir kerana mereka tidak mengendahkan teguran meskipun orang awam menunjukkan ketidakselesaan mereka menghisap rokok.
Ada juga mengatakan meskipun lelaki yang menghisap rokok itu telah ditegur namun dia dilihat masih tidak berganjak sambil menghisap rokok.
Bukan hanya itu, ada yang berpendapat perokok yang tidak mempunyai sifat common sense memang patut ditegur secara kasar kerana apabila ditegur dengan baik mereka tidak mengendahkannya.
Namun ada juga yang mengkritik lelaki berbaju merah tersebut dan memintanya mengawal emosinya agar tidak terlalu beria memarahi perokok terbabit.
Bahkan segelintir perokok juga turut mengecam perbuatannya seolah-olah dia tidak layak menegur si perokok terbabit.
Pun begitu setiap komen yang menyokong si perokok akan dikritik oleh netizen termasuklah di kalangan perokok tegar.
Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan 28 tempat yang dilarang merokok:
- Pusat hiburan atau teater kecuali kasino
- Kawasan hospital atau klinik
- Lif atau tandas awam
- Kedai berhawa dingin
- Bangunan dobi
- Bangunan hentian pengangkutan awam
- Tempat makan
- Kawasan lapangan terbang
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- Bangunan Parlimen Malaysia
- Kawasan premis kerajaan
- Kaunter perkhidmatan awam
- Kompleks membeli0belah
- Kompleks sukan
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium dan banyak lagi
“Kau tak hisap rokok kau punya pasal lah..”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-7.jpg)
“Samseng taik kucing, kalau aku jumpa baju merah ni, bersepai muka dia ni”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-8.jpg)
“Sebagai yang kerja di dalam wad paru-paru, ramai golongan muda yang tak vape tak merokok, mengalami paru-paru berair, background ok apa semua tapi siapa tahu menjadi perokok pasif di sebabkan perokok..”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-9.jpg)
“Terbaik abang baju merah. Tolong lah sound je orang merokok tak kena tempat ni”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-1.jpg)
“Nak tanya pada yang merokok, korang memang auto buta ke kalau dah ketagih rokok tu sampai tak nampak ada siapa di sekeliling.”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-2.jpg)
“Alhamdulillah ada orang tegur kasar macam ni, tak payah tegur elok-elok dah. Berpuluh tahun orang tegur elok-elok, bagi kesedaran dengan buat iklan sana sini termasuk iklan di TV, tapi masih lagi jadi bodoh”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-3.jpg)
“Orang hisap rokok ni ingat semua orang hadap ke busuk bau asap rokok dia orang ya?”
![Image from: Ramai Puas Hati Lihat Perokok Kena Sound Sebab Merokok Di Tempat Awam, Tapi Ada Segelintir Tak Setuju [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/perokok-kena-sound-4.jpg)
View on Threads
