Ramai Puji Fattah Amin Infak Semua Wang Komisen Hasil Jual Kambing Perap Kepada Yang Memerlukan [Video]

Entertainment
23 Oct 2024 • 10:13 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui menjadi seorang usahawan bukanlah suatu perkara yang mudah apabila perlu meyakinkan orang ramai dengan produk yang dijual.

Oleh itu, ramai peniaga yang melakukan pelbagai jenis pemasaran bagi memastikan produk mereka sentiasa menjadi pilihan masyarakat. Samalah seperti apa yang dilakukan oleh sebuah jenama makanan Pak Mat Western apabila berkolaborasi bersama pelakon, Fattah Amin untuk mempromosikan produk mereka.

Kolaborasi dilakukan oleh pelakon lelaki terkenal itu pada minggu lalu dilihat berjaya apabila jualan menerusi siaran langsung di media sosial meraih tontonan sekitar 3 juta.

Fattah Amin tolak wang komisen berjumlah puluhan ribu

Terbaharu susulan daripada jualan yang dibuat oleh Fattah Amin bersama jenama daging perap terkenal itu, pelakon berkenaan telah berjaya mendapat sejumlah wang komisen dipercayai mencecah puluhan ribu ringgit.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Pak Mat Western menerusi akaun media sosial rasminya.

“Salam Encik Fattah Amin komisen dah kira. Jadi total RM**,***. Nak saya transfer ke akaun mana ya?” tanya pihak Pak Mat.

Mahu infak wang komisen kepada insan yang memerlukan

Namun apa yang menjadi perhatian, Fattah Amin menolak dari menerima wang komisen terbabit sebaliknya meminta agar ia diinfakkan kepada insan yang memerlukan.

“Wasalam, alhamdulillah terima kasih boss, cuma komisen tu nak minta tolong team Pak Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” tulisnya dalam satu perbualan di WhatsApp.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Pak Mat berbangga dengan sikap Fattah Amin yang pemurah apabila menginfakkan keseluruhan wang komisen tersebut.

“Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing. Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.

“Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” katanya di ruang kapsyen.

image is not available

Ramai puji sikap pemurah Fattah Amin

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap pemurah bekas suami Fazura itu atas niat murninya.

Tidak kurang juga ada yang cuma meneka berapakah jumlah sebenar wang komisen tersebut kerana ia telah dikaburkan pihak Pak Mat Western.

“Insan yang baik. Semoga tuhan selalu memberi rezeki yang melimpah ruah lagi buat Fattah Amin”

image is not available

“Aku cuba mencalonkan diri untuk Fattah Amin, tapi dia baik sangat! Tak sesuai dengan aku”

image is not available

“Komisen dekat RM100,00 tapi tetap nak infak. Betapa besarnya kebergantungan dekat Allah tak ketar nak infak banyak tu. Dan bila susah hati memang kita digalakkan bersedekah…”

image is not available