Tolak Komisen, Fattah Amin Mohon Pak Mat Western Infak Kepada Golongan Memerlukan

Entertainment
23 Oct 2024 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga kini nama pelakon Fattah Amin masih lagi menjadi tumpuan netizen sehinggakan ada beberapa jenama menggunakannya khidmat pelakon ini untuk melariskan produk mereka.

Kisahnya baru-baru ini, Pak Mat Western ada bekerjasama dengan pelakon ini untuk mempromosikan produk perap mereka dan apabila jenama ini ingin mengagihkan komisyen kepada Fattah Amin perkara lain pula yang berlaku.

Menerusi satu perbualan WhatsApp yang dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook Pak Mat Western, Fattah didakwa meminta agar komisen miliknya itu diinfakkan.

Disebabkan itu, Pak Mat Western turuti apa yang diminta oleh Fattah, mereka mengagihkan ‘Infak Fattah Amin’ itu kepada mana-mana masjid dan golongan asnaf serta kepada ibu tunggal mengikut kariah.

Dalam pada itu, Pak Mat Western turut menepis dakwaan netizen yang mengatakan pihak mereka ada ambil komisen itu ke dalam poket mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Pak Mat Western dan juga Fattah Amin dalam melakukan ibadah ini, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka.

image is not available image is not available image is not available

Moga makin mewah rezeki Fattah Amin lepas ini ya.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.