Ramai Puji Keluarga Sedekah Minuman Buat Pelajar MRSM Terkandas Di Tepi Highway [Video]

5 Aug 2025 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk sentiasa bersedekah sekiranya mampu. Setiap manusia juga dijanjikan ganjaran pahala melimpah ruah walaupun menderma dalam kuantiti yang kecil.

Sebelum ini, dua orang individu mendapat perhatian ramai selepas mereka berkongsi rezeki dengan golongan gelandangan sekitar Jalan Raja Musa Aziz, Perak.

Lebih membuatkan situasi tersebut sebak apabila ramai di antara gelandangan tersenyum semasa menerima bantuan berkenaan seolah-olah bersyukur dengan sikap baik hati dua insan baik hati itu.

Pelajar MRSM Tersadai Di Tepi Lebuh Raya Akibat Bas Rosak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@niconadzim) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Nico berkongsi keadaan cemas yang berlaku di sebuah lebuh raya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah bas telah terkandas akibat masalah teknikal hingga menyebabkan para murid Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, guru dan pemandu tersadai di sana sementara menunggu bas baharu.

Prihatin dengan situasi tersebut, Nico bersama keluarganya yang pada ketika itu sedang melalui jalan sama telah bertindak membeli air minuman buat para penumpang yang terpaksa berkumpul di bawah panas terik matahari.

Para Pelajar Gembira Keluarga Sedekah Minuman Sejuk

Bukan sahaja isteri Nico, malah anak kecilnya juga bantu memastikan air berkenaan tidak tertumpah di dalam kereta sementara dibawa ke pelajar-pelajar berkenaan.

Sejurus tiba semula di tempat kejadian, pasangan suami isteri tersebut dengan pantas menghulurkan minuman sejuk buat para murid yang kehausan.

image is not available
Sumber: TikTok (@niconadzim)

“Longkang sanggup ku redahi. Kesian diorang ni kena sidai. Tak tahulah berapa lama dah. Apa kita boleh bantu, kita bantu,” kata lelaki itu.

Oleh disebabkan minuman tidak mencukupi, Nico telah berpatah balik kepada gerai air tersebut untuk membeli lebih banyak buat penumpang bas berkenaan.

Dalam video sama, kelihatan para pelajar mengukirkan senyuman selepas menerima minuman sejuk itu. Alhamdulillah, tindakan murni Nico sekeluarga sedikit sebanyak membuatkan mereka berasa lega dalam cuaca panas itu.

Tonton video penuh [DI SINI].

Aksi Pantas Keluarga Hulur Minuman Terima Pujian Ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap baik hati keluarga berkenaan kerana sudi berkongsi rezeki dengan setiap penumpang serta pemandu bas itu.

“Wow cemburu dapat buat amal jariah untuk para pelajar. Pahala tak putus,” kata seorang lelaki.

Malah segelintir ibu bapa kepada pelajar yang terkandas juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Nico sekeluarga.

“Anak saya salah seorang daripada pelajar yang terlibat. Terima kasih tuan kerana menyantuni anak-anak. Semoga Allah SWT memberkati segala urusan dan dimurahkan rezeki,” ujar seorang bapa.

Sementara itu, warganet juga tidak putus mendoakan perkara yang baik-baik buat insan prihatin berkenaan.

“Alhamdulillah Allah pertemukan anak-anak MRSM dengan orang baik. Terima kasih tuan dan keluarga di atas usaha murni tuan membantu anak-anak. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang tak putus untuk tuan dan keluarga,” jelas seorang wanita.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@niconadzim)

Lelaki Borong Semua Aiskrim Dijual Warga Emas

Sebenarnya sudah banyak perkongsian tular di media sosial menunjukkan sikap baik hati rakyat Malaysia dalam membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah memborong kesemua aiskrim yang dijual oleh peniaga warga emas sekitar Tawau, Sabah.

Selepas memborong kesemua pencuci mulut itu, pakcik yang memakai kopiah kemudiannya dilihat mendoakan pelanggan tersebut dengan penuh khusyuk dalam tempoh masa lama.

Semoga momen sebegini membuka mata orang ramai dan dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk sentiasa berbuat baik tidak kira rupa, pangkat, umur dan sebagainya.

Tonton video penuh [DI SINI].

Source:

View Original Article