Ramai Puji Lelaki Tegur Pemandu Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]

LocalCars
26 Aug 2025 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Umum mengetahui petrol jenis RON95 merupakan minyak subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Oleh itu, mana-mana kereta berpendaftaran luar negara tidak dibenarkan untuk mengisi kenderaan mereka dengan RON95.

Perkara ini turut dihebahkan kepada seluruh stesen minyak untuk tidak sama sekali membenarkan kenderaan asing untuk mengisi minyak RON95 atau tindakan undang-undang boleh diambil.

Meskipun begitu, masih ramai pemandu kenderaan asing yang bersikap sambil lewa dengan sengaja mengisi minyak bersubsidi.

Tular kereta nombor pendaftaran Singapura isi minyak RON95

Terbaharu, sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura dilihat telah mengisi minyak kereta dengan menggunakan RON95.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna di Facebook, Izzul Islam kejadian membabitkan seorang lelaki membawa kereta nombor pendaftaran Singapura itu berlaku pada padi tadi (26 Ogos).

Kelihatan pemandu kereta Hyundai berwarna kelabu itu dengan selamba menggunakan nozel berwarna kuning untuk mengisi minyak pada kenderaannya di sebuah stesen minyak di Taman Tasek Johor Bahru.

Pemilik dashcam berani datang tegur suruh letak semula nozel RON95

Perkara itu kemudiannya disedari oleh pemilik dashcam yang kemudian bertindak membunyikan hon sebagai tanda amaran untuk meminta individu lelaki berkenaan meletakkan semula nozel terbabit.

Perkara itu bagaimanapun tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan. Pemilik dashcam kemudiannya dilihat keluar dari kenderaan miliknya dan bertindak menegur perbuatan lelaki itu.

Akhirnya selepas ditegur, dia lalu meletakkan semula nozel RON95 ke tempat asal sebelum menutup bahagian tanki minyak dan berlalu pergi.

Video sama turut dikongsikan di Threads oleh seorang pengguna lain.

Ramai puji tindakan pemilik dashcam berani tegur pemandu kereta Singapura

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji keberanian pemilik dashcam kerana berani menegur tindakan lelaki dipercayai warga Singapura itu.

Tidak kurang juga ramai yang mengecam tindakan pemandu berkenaan kerana menggunakan minyak subsidi untuk mengisi minyak keretanya.

Ada juga meminta agar aduan turut dibuat kepada pihak stesen minyak agar mereka lebih cakna dan tidak memberikan kenderaan pendaftaran asing mengisi minyak RON95.

“Perlu lebih ramai ke depan dan berani menegur, jika tak hak rakyat habis diambil”

image is not available

“Rakyat Singapura mengapa? Boleh di antara kamu jelaskan mengenai perkara ni”

image is not available

“Memalukan. Patut disekat dari memasuki Johor Bahru untuk dua bulan.”

image is not available

“Tekan je butang stop tu”

image is not available

“Terbaik bang”

image is not available