Honda Langgar Lampu Merah Sebabkan Suami Isteri Cedera Dirempuh Myvi Dari Belakang [Video]

LocalCars
26 Aug 2025 • 10:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan kemalangan membabitkan motosikal dan juga kereta jenis Perodua Myvi yang berlaku disebabkan tindakan kenderaan lain melanggar lampu merah di Persiaran Kemajuan, Bangi, Kajang.

Menerusi video yang dikongsikan awalnya kelihatan kereta berwarna hitam telah melanggar lampu merah untuk memasuki simpang di bahagian kanannya.

Keadaan itu secara tidak langsung membuatkan sebuah motosikal dari arah bertentangan terjatuh sebelum dirempuh Perodua Myvi yang berada di belakangnya.

Punca kemalangan kereta Honda langgar lampu isyarat untuk masuk simpang

Terbaharu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan kemalangan terbabit berlaku jam 11.20 pagi pada 23 Ogos lalu dipercayai berpunca dari sebuah kereta Honda berwarna hitam yang bertindak melanggar lampu isyarat untuk memasuki simpang ke kanan.

“Tindakannya menyebabkan berlaku perlanggaran dengan motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan, mengakibatkan penungggang dan pembonceng motosikal terjatuh ke atas jalan.

“Mereka kemudian dilanggar kereta jenis Perodua Myvi dari arah yang sama,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Pasangan suami isteri alami kecederaan

Katanya, kemalangan terbabit turut menyebabkan pasangan suami isteri berusia 26 tahun yang menaiki motosikal terbabit cedera dan dibawa ke Hospital Sungai Long Specialist serta Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut beliau lagi, kereta Honda berkenaan dipandu oleh seorang wanita berusia 59 tahun. Sewaktu disoal siasat pemandu mendakwa keliru apabila menyangkakan lampu isyarat hijau bagi lorong lurus sama untuk simpang ke kanan membuatkan dia bertindak meneruskan perjalanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara hingga tidak lebih dua belas bulan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhuung dengan pegawai penyiasat Sarjan Nur Izzatul Aira Ariffin di talian 017 273 7696,” jelasnya.

Source: