Ramai Puji Rider GrabFood Jujur & Pulangkan Duit Tip RM500 Yang Diterima, Syak Pelanggan Pelupa Serta Kurang Sihat

10 Jul 2024 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Duit tip merupakan upah tambahan atau wang yang diberikan secara terus kepada individu sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan.

Kebiasaannya, wang tip diberikan kepada pekerja industri perhotelan atau makanan. Namun pada masa kini, golongan pekerja dari industri e-hailing atau p-hailing antara kumpulan yang turut menerima tips dari pelanggan.

Jumlahnya pula bergantung kepada keikhlasan dan kemampuan pemberi kepada pekerja berkenaan.

Bagi Duit RM500 Untuk Bayar Makanan

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di platform X melalui akaun @pedoqpop, seorang penghantar makanan berkongsikan kisahnya di laman Grup Facebook GrabFood Rider Malaysia mendapat tip daripada pelanggan sebanyak RM500.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan rider berkenaan yang membuat keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut nyata mengejutkan ramai.

Pada mulanya, dia menghantar makanan yang dipesan oleh seorang wanita untuk ibunya menerusi aplikasi GrabFood.

Namun ketika dia menghantar makanan berkenaan, wanita itu kemudiannya memberi wang tunai sebanyak RM500.

“Korang dapat tip paling banyak berapa? Aku, RM500.

“Kisahnya aku hantar satu order (pesanan) ni, yang order anak dia, lepas pas (beri) makanan, aunty (mak cik) tu hulur tips.

“Aku ingat RM2, RM3, sekali RM500 mat,” tulisnya.

Ketika ditanya kepada emak pelanggan tersebut mengapa memberi wang itu, wanita berkenaan menjelaskan wang tersebut digunakan untuk membayar makanan.

Namun, rider berkenaan menjelaskan kepada mak cik itu bahawa makanan tersebut telahpun dibayar oleh anaknya.

Anggap pelanggan Tak Sihat, Pulangkan Wang RM500

Oleh kerana penjelasannya itu dilihat diendahkan oleh wanita berkenaan maka dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.

Rider tersebut beranggapan ibu pelanggan berkenaan tidak sihat dan mungkin tidak menyedari tindakannya itu.

 “Aku cakap makanan dah bayar lepas tu dia buat tak layan dengan terus masuk rumah.

“Aku syak aunty ni dah tak sihat, dah ingat-ingat lupa,” tulisnya.

image is not available

Letak Wang RM500 Dalam Peti Surat

Menerusi gambar berasingan, rider berkenaan dilihat memulangkan semula wang tersebut dan diletakkan dalam peti surat di hadapan rumah pelanggannya itu.

Dia juga turut memaklumkan kepada anak wanita itu tentang apa yang berlaku. Namun, tiada balasan mesej yang ditunjukkan menerusi perkongsian tangkap layar berkenaan.

image is not available

Tindakan Rider Buat Ramai Pengguna X Puji

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X memuji tindakan penghantar makanan berkenaan yang tidak berputih mata dan sanggup memulangkan kembali wang tersebut.

Malah, ada yang mendoakan agar rider berkenaan diberikan balasan rezeki atas perbuatan terpujinya itu.

Berikut antara komen pengguna X:

“Orang Macam Ni Susah Nak Jumpa, Alhamdulillah Masih Ada”

image is not available

“Nilai Murni Hati Anda Lebih Mahal Dari RM500, Rezeki Sebab Jujur & Amanah Tu Lebih Besar Dari RM500”

image is not available

“Terima Kasih Kerana Tak Aniaya Orang Sakit Bang, Semoga Murah Rezeki”

image is not available

“Semoga Dipermudahkan Urusan & Semoga Rezeki Bertambah”

image is not available

“Respect Sama Rider Ni, Dia Tetap Jujur Tak Terima Duit Tu Even Ramai Kata Rezeki”

image is not available

Source: