“Ramai pula beratur” – Pelanggan Selamba Makan Bakso Depan Orang Solat Jemaah

Entertainment
26 Jul 2024 • 6:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak pelik sebenarnya kalau orang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli makanan yang mereka sukai dan sedap. Lebih-lebih lagi, jika makanan tersebut jarang ditemui ataupun viral di media sosial.

“Ramai pula beratur”

Satu video di X telah tular memaparkan sekumpulan pelanggan yang selamba menjamu selera di sebuah gerai bakso. Pun begitu, situasi tersebut buat netizen bingung kerana di hadapan gerai tersebut ada beberapa saf solat jemaah.

Selain itu, ramai pelanggan lain sanggup beratur panjang demi makan bakso yang dijual malah di situ peniaga bakso turut menyediakan meja dan kerusi untuk para pelanggan menjamu selera.

Walaupun gerai itu berada di hadapan para jemaah dan nampak tidak sopan, si peniaga terus menjual makanannya seperti biasa. Ada juga beberapa gerai makanan lain di kawasan tersebut dan mungkin itu tapak untuk para peniaga jalanan menjalankan bisnes mereka.

Menurut laporan Tribunnews, para jemaah itu sedang melaksanakan solat di kawasan terbuka mungkin disebabkan keadaan masjid yang terletak di Jakarta, Indonesia itu sudah penuh.

“Boleh khusyuk ke?”

Situasi dalam video itu menjadi perhatian ramai apabila ada yang bertanya jika para jemaah itu boleh khusyuk ataupun tidak.

image is not available

Disebabkan para jemaah itu adalah kaum lelaki dan terlalu ramai, para netizen beranggapan ianya adalah solat Jumaat.

image is not available

Mungkin bakso itu terlalu sedap menyebabkan ramai pelanggan sanggup beratur untuk membelinya.

image is not available

Sedap sangat kot baksonya..

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.