Ramai rayu Bella Astillah jangan jumpa Ruhainies – “Jaga standard awak”

Entertainment
26 Apr 2024 • 2:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jangan jumpa Ruhainies

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendapat rayuan daripada netizen supaya jangan jumpa Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah.

Permintaan tersebut susulan permohonan maaf yang dikemukakan oleh Ruhainies baru-baru ini yang mahu berjumpa secara bersemuka dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine untuk jernihkan semula keadaan yang telah berlaku antara mereka.

Disebabkan itu, menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Bella di laman Instagramnya, ramai bersepakat memberi nasihat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk tidak berjumpa dengan Ruhainies demi menjaga maruah.

Jangan jumpa Ruhainies

image is not available image is not available image is not available

Cukup hanya memaafkan

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu berpendapat Bella Astillah hanya perlu memaafkan tanpa bersemuka dengan Ruhainies yang dilaporkan ditangkap khalwat bersama suaminya, Aliff Aziz pada Mac lalu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Sarah Yasmine sebarkan beberapa tangkap layar perbualan antara dua pelakon tersebut yang dilihat mengutuk serta mencaci Bella Astillah sehingga undang kemarahan netizen.

Terdahulu, aktor Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jangan jumpa Ruhainies

image is not available

Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

image is not available

Sumber: Instagram @Bella Astillah