
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Antara aktiviti senaman yang popular dan sering dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah joging atau berlari.
Ia bukan hanya tidak memerlukan peralatan yang khusus, malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kawasan lapang selagi mana tidak mendatangkan gangguan atau berbahaya.
Selain itu, terdapat banyak juga acara larian yang dianjurkan di negara ini, mereka yang menyertai bukan sahaja boleh menjadi lebih sihat, sebaliknya mengenali rakan-rakan baharu dengan semangat kesukanan.
Baca Artikel Berkaitan: Degupan Jantung Terlalu Laju? Doktor Kongsi Cara Rendahkan Heart Rate Semasa Berlari
Tular tiga peserta Boom+ Run 2025 bantu angkat pelari cramp
Seperti baru-baru ini, sebuah acara larian Boom+ Run 2025 telah mencuri tumpuan ramai selepas tularnya beberapa video yang memaparkan tiga peserta membantu seorang pelari yang dipercayai mengalami kekejangan otot kaki.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ikramfadil, pelari terbabit mengalami ‘cramp’ semasa sudah menghampiri garisan penamat.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Boom+ Run 2025 yang berlangsung pada Ahad lalu (7 September) di Putrajaya.
Bantu angkat dan bawa ke garisan penamat
Apa yang lebih menyentuh hati ramai orang, tiga peserta terbabit turut bantu mengangkat pelari berkenaan dengan membawanya menuju garisan penamat untuk menamatkan acara larian berkenaan.
Mereka dikatakan tidak mengenali antara satu sama lain, namun semangat kesukanan yang tinggi menyebabkan mereka merasa terpanggil untuk membantu.
Dalam video sama, kelihatan ramai peserta dan penonton yang hadir bersorak sebaik sahaja keempat-empat mereka melepasi garisan penamat.

@ikramfadil_ BEAUTY OF RUNNING!! 🏃 #boomplusrun2025 #hausboom #running ♬ The Winner Takes It All – ABBA
Netizen sebak lihat sportsmanship tiga peserta itu
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan orang berasa sebak menyaksikan ‘sportsmanship’ yang ditunjukkan oleh tiga peserta acara larian itu.
Tidak kurang juga yang berseloroh dengan mendakwa momen terbabit seakan-akan babak di dalam siri terkenal korea, Squid Games di mana ada peserta yang saling membantu antara satu sama lain.




Baca Artikel Berkaitan: Ramai Pengunjung Tak Perasan Tengku Hassanal Joging Di Taman Tasik Titiwangsa, Siap Lalu Sebelah [Video]

![Jangan Guna Ubat Gigi & Minyak Gamat! Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)


